Sunday, 28 June 2015

Tips untuk cepat tinggi

Assalamualaikum semua.....

Hari ni maisarah nak berkongsi tips untuk cepat tinggi.. (macam mana eh)..
maisarah kongsikan tips ni yang mana maisarah pernah buat dulu.. Ketinggian maisarah sekarang ni?
164 CM..  ^_^. Tak ada lah tinggi mana pun.. Cuma setiap tahun memang sentiasa tinggi..
Ketinggian  kita ini sebenarnya, kadang kadang ikut keluarga,genetik lah dikatakan.. Kadang kadang orang ynag tinggi pendek ni ikut keluarga.. memang tak boleh nak buat apa.. Orang kata kalau perempuan ni  masa pertumbuhan tinggi ni sampai umur 15 tahun jer.. Tak semestinya juga..



Image result for tinggi
Let's start our topic!!!

1.Minum banyak susu..

     -> kalau kita tanya dekat sesiapa pun, orang akan cakap minum susu banyak banyak sedangkan
          parents maisarah pun cakap benda yang sama... memang susu ini penting sekali untuk tulang
          kita dan gigi kita..

2.Rehat yang mencukupi

-> kalau rehat pun tidak cukup.. badan kita akan berasa penat dan lagi sukar untuk pertumbuhan           ketinggian.Biasakan tidur 8 jam sehari. Confirm, memang badan dapat rehat yang mencukupi lagi
      lagi ini merupakan salah satu aspek yang dapat membantu menambahkan ketinggian anda

3.Jenis makanan.

-> ada banyak benda tentang makanan ni. So, korang memang perlulah amalankan permakanan yang     seimbang ni mengikut gizi harian (peh ayat sains betul, inilah akibat apabila suka subjek sains)

-makanan laut seperti ikan
-telur
-buah labu
-bayam dan brokoli
-pisang
-ayam
-kacang panjang (banyakkan makan kekacang)
-yogurt

4.Jangan makan sebelum tidur

-->kenapa awak nak makan sebelum tidur? DON'T!! Nanti bukan jadi tinggi lain pulak yang jadii....

5. Banyak melakukan aktiviti bersukan

-berenang
-yoga
-berlari
-bola jaring
-bola keranjang

6.Rajinkan bergayut seperti monyet..seperti monyet yeee, jangan jadi betul betul macam monyet

Semoga berjaya semua!!!



Saturday, 27 June 2015

Come Back Home

Assalamualaikum semua...

Memang dah lama maisarah tak buka blog ni.. Agak-agak 4 bulan rasanya.. Hmm confirm bersaranglah blog maisarah ni.. sunyi sepi.. Banyak aktiviti yang terpaksa maisarah lakukan pada tahun ni.. Tahun depan ? hmm lagilah.. Nak jawab peperiksaan yang memang besar.. haha. Tak adalah besar mana pun sebenarnya.. PT3 je.. (boleh dia jawab jer.. seram sejuk den dengar perkataan PT3 ni.. boleh pecah perut den) haha..

Apa yang korang semua buat untuk bulan nii... Hmm ni mesti confirm ni , semua ada aktiviti tersendiri.. tak lain tak bukan , bangun tidur mesti buka handphone kan... instagram, facebook,twitter,youtube... Memang terbaik laaaa..




cookies

Enjoy your day with your life and never mess it



Wednesday, 18 March 2015

TIPS ATASI JERAWAT

Ladies and Gentleman, girls and boys, amboi bukan main speaking english pula dalam post kali ini. Apapun,tajuk kali ini mengenai "TIPS ATASI JERAWAT". Sapa takut jerawat...Hahaha, memang ramai yang takut jerawat ada dekat muka.. Elok-elok
cun,cantik,flawless, tiba tiba ada pulak jerawat dekat hidung,pipi dahi and dekat area kening.. Kalau maisarah la,tengok saja cermin, nampak jerawat,dalam hati ni,rasa tension betul. Sapa jer yang suka ada jerawat..Tanpa membuangkan masa yang perlu di hargai ini, maisarah bagi tips yang memang berkesan....Cubalah..

(Jangan tidur dengan makeup)
-Bersihkan mekap sebelum tidut untk mencegah liang roma daripada tersumbat dan serangan jerawat akan datang

(Guna makeup sesuai)
-Sebaik-baiknya, remaja seharusnya mengelak daripada menggunakan makeup tetapi jika angin menutup noda atau parut, pilih krim yang mengandungi bahan seperti asid salisilik yang membantu untuk menyah jangkit sambil menutupnya.Maisarah ada ternampak dua produk yang menggandungi asid salisilik iaitu garnier dan clean and clear..

(Mandi)
-Selepas bersukan, peluh dan minyak akan mendap di atas permukaan kulit serta memerangkap kotoran dan bakteria di dalam liang roma kulit kita.

(Jaga kebersihan rambut dan jauhkannya dari muka)
-Rambut yang panjang atau memakai topi dan skaf bandana terlalu kerap, boleh membuat jerawat merebak.  

 (Kerap membasuh sarung bantal)
-Ia membantu mencegah jerawat dengan memastikan tiada kuman dan bakteria terkumpul di atasnya

(Gosok perlahan-lahan)

-Selepas membasuh muka, lap dengan lembut menggunakan tuala yang bersih dan jangan gosok sehingga kering.Menggosok kulit akan merengsakan kulit dan menyebabkan serangan bertambah.Biasanya, selepas mandi maisarah akan lap dengan tisu. And masa lap tu jangan lah lap macam nak sental lantai.. habis muka pulak kang..

EXTRA!!!!
(Penyebab jerawat)
 disebabkan oleh:
-hormon
-minyak
-peluh.


Tuesday, 17 March 2015

CUTI SEKOLAH!!!!

Assalamualaikum semua....
hmmm tik...tok..tik..tok... dah masuk bulan tiga and cuti sekolah..
Yes,bangga sangat sebab exam dah habis....
RELEASE TENSION......... So,apa yang korang buat masa cuti?
Sharing is caring. hahaaha.. Apapun,yang mana balik kampung tu,take care okey....
jaga diri baik baik....selamat sampai dan pulang.... I dont know, what I wanna to say but
enjoy your day okey.... bye ..bye...

Monday, 5 January 2015

Cara atasi sakit kepala

Setiap manusia memang mesti ada sakit kepala..Maisarah sendiri pun sering selalu sakit kepala.. Kadang kadang kita mestilah ambil ubat panadol kan.. baru lah lega kepala ni.
Sakit kepala memang mengganggu aktiviti seharian.. kalau kena waktu exam, hmm memang sakitlah tambah lagi satu sakit iaitu sakit hati pula..Ish..

Antara puncanya adalah:
-Kekurangan zat dan nutrisi
-Faktor keturunan
-kesan pengambilan ubat
-mengambil banyak kafein
-wanita yang mengalami haid
-makan banyak makanan ber (msg)

Cara mengatasinya
-Buat senaman untuk aktif kan badan kita dan hilangkan stres daripada kepala kita tu
-minum air lapan gelas sehari
-tidur yang cukup seperti 8 jam sehari
-makan makanan seperti coklat,epal,gula gula, agar kandungan gula dalam darah kembali normal
-jangan terlalu terdedah dengan cahaya matahari
-basuh muka banyak kali supaya dapat melegakan kepala
-bersiar siar dan jangan menghadap komputr,handphone,laptop lama lama nanti lagilah pening

sooo, tu tips daripada maisarah untuk anda. Kepala fresh hidup pun fresh.....

TIPS DIET IKUT JENIS DARAH

TIPS DIET IKUT JENIS DARAH...
YEP! CUBALAH DULU... MUNGKIN BERJAYA UNTUK ANDA...TAK PERLU HABISKAN DUIT BELI PIL UNTUK DIET...(MEMBEBEL PULAK SI NYAMUK MAISARAH NI)HAHAH.. SO DEKAT BAWAH TU ADE 4 JENIS DARAH (A,B,AB,O) KALAU SELAIN DARI DARAH TU MAKSUD NYA KORANG BUKAN MANUSIA SEBENAR. HAHAHA (GELAK JAHAT)


Buat pertama kalinya, diet mengikut jenis darah diperkenalkan oleh Dr Peter JD Adamo, pakar rawatan semula jadi bertauliah di Connecticut, Amerika Syarikat. Penelitian pada setiap darah menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap protein yang terdapat pada makanan apabila masuk ke dalam badan. Setiap protein makanan yang diserap tubuh menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Hasil kajiannya yang dilakukan selama beberapa tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memberikan tindak balas yang berbeza terhadap makanan mengikut jenis darah yang dimiliki. Hal ini juga diterangkan di dalam bukunya berjudul Eat Right For Your Type yang diterbitkan pada tahun 1996. Apabila pengambilan makanan sesuai dengan jenis darah seseorang (sama ada A, B, AB, dan O), ia memberikan kesan positif terhadap tubuh badan seperti keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya ketahanan badan. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme. Diet kumpulan darah A Di dalam bukunya, Dr D’Adamo menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dan makanan yang rendah kandungan protein. Ini kerana jika jumlah protein dalam makanan terlalu banyak, ia menyebabkan seseorang itu sakit perut. Pun begitu bukan bermakna individu yang mempunyai darah jenis A tidak boleh mendapat protein daripada sumber haiwan, tetapi disarankan dalam kuantiti kecil. Kumpulan ini dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju semula jadi dan telur organik. 

Golongan darah A perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindari adalah hidangan laut berwarna putih (contohnya ikan siakap putih), daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah. 

Ciri khas individu darah A: • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif. • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging. • Disarankan mengamalkan pemakanan vegetarian atau mengambil makanan tinggi karbohidrat, namun rendah lemak. • Mengurangkan tekanan dengan bermeditasi atau bersenam. • Perlu mendapat cukup rehat. Menu yang dianjurkan: Sarapan: Air suam dicampur jus limau nipis dan oat Snek:Makan tengah hari:Snek:Makan malam: Diet kumpulan darah B Individu yang mempunyai darah jenis B dikatakan lebih fleksibel berbanding golongan yang memiliki darah A. Teori Dr D’Adamo menyarankan golongan ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin, sebaliknya sangat menganjurkan makanan berasaskan susu dan yang mengandungi banyak karbohidrat.

Ciri khas individu darah B: • Dianjurkan mengambil diet yang mengandungi pelbagai variasi makanan, namun perlu mengehadkan pengambilan daging. • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan 
bermeditasi. • Untuk mengatasi tekanan, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti. Pemilik darah B alah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, oleh itu mereka disarankan mengambil banyak sayuran hijau yang kaya magnesium. Antara makanan yang disarankan adalah daging lembu, kambing, kibas, arnab, ikan laut, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan serta semua produk susu kecuali keju biru dan aiskrim. Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh dan itik, beraneka jenis minyak (minyak bijan, jagung, biji matahari, kacang tanah dan soya); kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung. Menu yang dianjurkan: Sarapan: Bijirin, pisang dan segelas susu tanpa lemak Snek: Jus anggur Makan tengah hari: Sepotong dada ayam, dua potong roti berserta salad dan teh herba Snek: Jus limau atau yogurt dan teh herba Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba 
 Diet golongan darah AB Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayur dan buah kecuali jagung, tauge, cendawan dan buah yang dijeruk. Golongan ini harus mengehadkan pengambilan daging lembu, udang, ikan laut, semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit dan perlu mengurangkan pengambilan makanan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta. Ciri khas individu darah AB: • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif • Disarankan mengambil makanan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap • Digalakkan bersenam pada waktu pagi untuk lebih bertenaga Menu yang dianjurkan: Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, dua potong roti dan sehiris keju Snek: Yogurt Makan Tengah Hari: Empat hiris dada ayam, dua biji plum dan teh herba Snek: Kek keju dan teh herba Makan Malam: Omelet, salad buah dan kopi Diet golongan darah O Pemilik darah jenis O disaran lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diproses), sayur-sayuran, telur dan kacang serta mengurangkan karbohidrat namun perlu menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini mengehadkan pengambilan buah-buahan dan menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. dia turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindari seperti sayur brokoli, sawi, tauge, terung dan cendawan. Selain itu, pemilik darah jenis ini tidak memerlukan telur, susu, gandum dan kekacang kerana protein diperoleh daripada sumber daging dan ikan. Paling penting mereka perlu menghindari jeruk yang dikatakan boleh menyebabkan keracunan usus. Ciri khas golongan darah O: • Memiliki daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain • Mudah mengadaptasi dengan pelbagai makanan • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik • Dianjurkan mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat • Berisiko mendapat radang seperti artritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian Menu yang dianjurkan: Sarapan: Dua keping roti bakar disapu mentega dan sebiji pisang Snek: Teh herba Makan Tengah Hari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal Snek: Sepotong kuih Makan Malam: Sepotong daging dan asparagus yang dicelur, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba Kajian Dr D’Adamo ini adalah sesuatu yang baru dan ramai pakar pemakanan mempertikaikannya, namun apa yang lebih utama ialah mengamalkan pemakanan sihat. Pemakanan sihat bermakna memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit tanpa mengira jenis darah seseorang. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23



Friday, 2 January 2015

SEKOLAH SUKAN

 INGIN MEMASUKI SEKOLAH SUKAN?

sekolah sukan ini untuk

pelajar sekolah rendah - darjah 5 / 6

pelajar sekolah menengah - tingkatan 1-5

pelajar prauniversiti

untuk keterangan lebih lanjut sila klik di bawah...

sekolah sukan malaysia


SBP TINGKATAN 1 2015

  HELLO!! AWAK KAT MANA? AWAK AWAK KAT MANA?
  SAYA KAT BLOG MAISARAH LAH. KAT MANA LAGI..

  Adik adik yang dah pun habis UPSR ini mesti berasa freedom kan.
agak agak koranh dapat hadiah apa ya? YANG DAPAT 4A ATAU 5A TU
alhamdullilah.. Yang tidak  dapat tu, dont worry akk tau adik adik  sedih tapi
akak pasti adik adik dapat lakukan yang terbaik untuk form 3 nanti..
APALAH akak maisarah ini membebel ni.. bila nak bagi result ni
OKEY OKEY..

ADIK ADIK ATAU IBU BAPA PERLU KLIK AYAT DI BAWAH UNTUK KEPUTUSAN..


                      Keputusan UPSR SBP TINGKATAN 1

NEW YEARS 2015

 

       TAP! TAP! TAP!
       HAPPY NEW YEARS! 2015!
       HOPE EVERYONE CAN BE MORE BETTER THAN YESTERDAY!
       I VERY MISS WITH MY BLOG,I THINK ABOUT 1 WEEK THAT I DID NOT OPEN MY BLOG.
     
       SO, AZAM MAISARAH FOR THIS NEW YEAR 2015 ADALAH UNTUK
       # BELAJAR RAJIN RAJIN UNTUK  PT3 TAHUN HADAPAN
       #  JADI ANAK SOLEHAH YANG SELALU CERIA (SMILE ALWAYS)
      #  MENJADI TOP 5 DALAM KELAS UNTUK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 2015
      #  INGIN  MEMBANTU KAWAN UNTUK BERUBAH BERSAMA


         DAN LAIN LAIN