Wednesday 18 March 2015

TIPS ATASI JERAWAT

Ladies and Gentleman, girls and boys, amboi bukan main speaking english pula dalam post kali ini. Apapun,tajuk kali ini mengenai "TIPS ATASI JERAWAT". Sapa takut jerawat...Hahaha, memang ramai yang takut jerawat ada dekat muka.. Elok-elok
cun,cantik,flawless, tiba tiba ada pulak jerawat dekat hidung,pipi dahi and dekat area kening.. Kalau maisarah la,tengok saja cermin, nampak jerawat,dalam hati ni,rasa tension betul. Sapa jer yang suka ada jerawat..Tanpa membuangkan masa yang perlu di hargai ini, maisarah bagi tips yang memang berkesan....Cubalah..

(Jangan tidur dengan makeup)
-Bersihkan mekap sebelum tidut untk mencegah liang roma daripada tersumbat dan serangan jerawat akan datang

(Guna makeup sesuai)
-Sebaik-baiknya, remaja seharusnya mengelak daripada menggunakan makeup tetapi jika angin menutup noda atau parut, pilih krim yang mengandungi bahan seperti asid salisilik yang membantu untuk menyah jangkit sambil menutupnya.Maisarah ada ternampak dua produk yang menggandungi asid salisilik iaitu garnier dan clean and clear..

(Mandi)
-Selepas bersukan, peluh dan minyak akan mendap di atas permukaan kulit serta memerangkap kotoran dan bakteria di dalam liang roma kulit kita.

(Jaga kebersihan rambut dan jauhkannya dari muka)
-Rambut yang panjang atau memakai topi dan skaf bandana terlalu kerap, boleh membuat jerawat merebak.  

 (Kerap membasuh sarung bantal)
-Ia membantu mencegah jerawat dengan memastikan tiada kuman dan bakteria terkumpul di atasnya

(Gosok perlahan-lahan)

-Selepas membasuh muka, lap dengan lembut menggunakan tuala yang bersih dan jangan gosok sehingga kering.Menggosok kulit akan merengsakan kulit dan menyebabkan serangan bertambah.Biasanya, selepas mandi maisarah akan lap dengan tisu. And masa lap tu jangan lah lap macam nak sental lantai.. habis muka pulak kang..

EXTRA!!!!
(Penyebab jerawat)
 disebabkan oleh:
-hormon
-minyak
-peluh.


No comments:

Post a Comment