Wednesday, 12 November 2014

Hukum menutup aurat perempuan dalam islam.

Bismilahirahmanirohim...
Assalamualaikum semuaa... Hari ini maisarah nak berkongsi maklumat yang nampak macam dah ingat tapi tak ingat ingat lagi.Insya Allah, dengan maklumat ini dapat menutup aurat dan  menambahkan ilmu pengetahuan kepada gadis dan wanita di luar sana.

 my wear-winter by ~sharaps on deviantART

Hukum menutup aurat bagi perempuan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah  WAJIB..
Kecuali tapak tangan dan muka.

AMARAN!!! (Eceh ada amaran jugak)

Kaki juga merupakan aurat perempuan.Jadi kita haruslah memakai stoking untuk menjaga aurat kita...

Dalam mazhab Syafie, seperti mana yang kita sedia maklum, aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini membawa maksud, kaki juga termasuk dalam aurat yang perlu ditutup.

Kalau kita memakai  stoking nipis  tidak boleh sbb ianya jarang dan menampakkan warna kulit...
Pakai kasut itu lebih baik.. kerana ianya menutup terus bahagian bawah kaki.. berbanding pakai selipar atau sandal..
Pun begitu, pakailah mana yg termampu.. kalau dah lalu tengah hujan, takkan nak pakai stoking lagi.. nanti kaki busuk, mengganggu pulak  orang lain.. waktu ni, lebih baik tak memakai stoking, tetapi melondehkan sikit  kain bagi menutup kaki..
Juga bagi mereka-  mereka  yang  dah istiqamah menutup aurat (termasuk menutup kaki), teruskan amalan tersebut.. tapi jangan pulak  memandang rendah pada mereka-mereka  yg masih belum mampu nak menutup aurat dengan sempurna..
Assalamualaikum.....

cute hijab      LIFE IS PUZZLE: hijab girl cartoon







No comments:

Post a Comment